BENARKAH UMAR
BIN KHATTAB PERNAH MEMBUNUH ANAK PEREMPUAN NYA?
Riwayat yg
menyebutkan bahwa Umar bin Khathab radhiyallahu’anhu mengubur hidup-hidup
anak perempuannya di masa Jahiliyah adalah riwayat dusta dan batil.
Diantara bukti
kedustaan dan kebatilannya adalah hal-hal sbgai berikut
Riwayat
tersebut tidak ada sama sekali di dalam kitab-kitab hadits Ahlus Sunnah wal
Jama’ah, baik itu kitab hadits shahih maupun hadits dha’if. Bahkan di dalam
kitab tarikh (sejarah) Islam yg ditulis para ulama Ahlus Sunnah pun tidak ada
dan tidak pernah disebutkan.
Riwayat ini
sangat sering dan banyak disebutkan serta disebar-luaskan oleh orang-orang
Syi’ah Rafidhah yg sesat dan sangat dengki kepada Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar
bin Khathab, dan para sahabat radhiyallahu’anhum, serta kaum muslimin secara
umum.
Mengubur hidup-hidup anak perempuan adalah bukan tradisi dan kebiasaan keluarga Umar bin Khathab radhiyallahu ‘anhu dan kabilahnya dari Bani Adiy di masa Jahiliyah.
Sebagai
buktinya, Umar bin Khathab radhiyallahu’anhu menikah dengan seorang wanita yg
bernama Zainab binti Mazh’uun (saudari Utsman bin Mazh’uun radhiyallahu ‘anhu),
n melahirkan beberapa anak, diantaranya Hafshah radhiyallahu’anha, Abdurrahman
dan Abdullah bin Umar bin Khathab radhiyallahu’anhum. Hafshah adalah anak
perempuan Umar bin Khathab yg paling besar. Ia dilahirkan 5 tahun sebelum
diutusnya Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam sebagai Nabi dan Rasul.
Demikian pula Umar memiliki saudari kandung yang bernama Fathimah binti
Al-Khathab.
Pertanyaannya,
kalo sekiranya mengubur hidup-hidup anak perempuan adalah suatu tradisi dan
kebiasaan keluarga Umar bin Khathab dan Bani Adiy, maka kenapa Hafshah binti
Umar bin Khathab dan Fathimah binti Khathab dibiarkan masih hidup hingga
dewasa? Bahkan Hafshah binti Umar bin Khathab menjadi salah satu istri Nabi
shallallahu alaihi wasallam.
Padahal Hafshah
adalah anak perempuan Umar bin Khathab yg paling besar. Kenapa yg dikubur
hidup-hidup adalah anak perempuannya yang paling kecil yang dilahirkan setelah
Hafshah binti Umar bin Khathab (jika kisah itu benar)? Dan kenapa kejadian
ini tidak pernah diceritakan oleh anakanak Umar dan keluarganya setelah mereka
memeluk agama Islam?
Kalau pun kita
mengalah dan menganggap bahwa riwayat tersebut shahih, kita memandang tidak ada
faedah dan manfaat sedikit pun dari menceritakan dan menyebarluaskan berita
tersebut. Karena hal itu dilakukan di masa Jahiliyyah. Dan setelah Umar bin
Khathab radhiyallahu anhu masuk Islam, maka semua dosa-dosa dan kesalahannya,
termasuk perbuatan kemusyrikan dan kekufurannya yang merupakan dosa besar yang
paling besar dihapuskan dan diampuni oleh Allah ta’ala. Hal ini sebagaimana
firman Allah ta’ala:
قُلْ لِلَّذِينَ
كَفَرُوا إِنْ يَنْتَهُوا يُغْفَرْ لَهُمْ مَا قَدْ سَلَفَ
“Katakanlah
(hai Muhammad, pent) kepada orang-orang kafir itu: ”Jika mereka berhenti
(dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni mereka tentang
dosa-dosa mereka yang sudah lalu.” (QS. Al-Anfaal: 8).
Dan jg
berdasarkan sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam kpd ‘Amr bin al-’Ash
radhiyallahu anhu ketika ia masuk Islam:
أَمَا عَلِمْتَ
أَنَّ الإِسْلاَمَ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ
“Tidakkah
engkau mengetahui bahwa (masuk) Islam itu akan menghapuskan dosa-dosa dan
kesalahan yg dilakukan sebelumnya.” (HR. Muslim).
Terdapat hadits
shahih yang menunjukkan bahwa Umar bin Khathab radhiyallahu anhu tidak pernah
mengubur anak perempuannya hidup-hidup di masa Jahiliyyah. Yaitu riwayat
berikut ini:
قال النعمان بن
بشير رضي الله عنه : سمعت عمر بن الخطاب يقول: وسئل عن قوله : ( وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ )
التكوير/8، قال : جاء قيس بن عاصم إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( إني
وأدت ثماني بنات لي في الجاهلية . قال : أعتق عن كل واحدة منها رقبة . قلت : إني
صاحب إبل . قال : ( أهد إن شئت عن كل واحدة منهن بدنة )
An-Nu’man bin
Basyir radhiyallahu anhu berkata: “Aku pernah mendengar Umar bin Khoththob berkata
ketika ditanya tentang firman Allah (yg artinya) : “Dan apabila bayi-bayi
perempuan yg dikubur hidup-hidup ditanya.” (QS. At-Takwir: 8)
Umar menjawab:
“Qois bin ‘Ashim pernah mendatangi Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
seraya berkata; “Sesungguhnya aku pernah mengubur hidup-hdiup delapan anak
perempuanku di masa Jahiliyyah.” Maka Nabi berkata (kepadanya): “Merdekakanlah
seorang budak untuk setiap anak perempuan (yg engkau kubur hidup-hidup, pent).”
Aku jawab: “Aku memiliki unta”. Nabi berkata: “jika engkau mau, bersedekahlah
dengan seekor unta untuk setiap anak perempuanmu yang engkau kubur
hidup-hidup.”
(Diriwayatkan
oleh Al-Bazzar 1/60, Ath-Thabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir 18/337, dan
Al-Haitsami berkata; “Dan para perawi (dalam isnad) Al-Bazzaar adalah para
perawi yang ada dalam kitab Ash-Shahih (Shohih Bukhari/Muslim), kecuali Husain
bin Mahdi al-Ailiy, dia perawi yg tsiqah (terpercaya)” (Lihat Majma’ Az-Zawaid
VII/283. Dan hadits ini dinyatakan shahih oleh Syaikh Al-Albani di dalam
Silsilatu Al-Ahaadiitsi Ash-Shahiihati no.3298).
Hadits shahih
yang diriwayatkan oleh Umar bin Khathab radhiyallahu anhu ini menerangkan
tentang kaffarah (penebus dosa) bagi orang yang pernah mengubur hidup-hidup
anak perempuan di masa Jahiliyyah. Tatkala Umar bin Khathab meriwayatkan
tentang perbuatan Qois bin Ashim, dan ia tidak menceritakan tentang dirinya
dalam perbuatan tersebut, maka ini membuktikan bahwa Umar bin Khathab tidak
pernah mengubur hidup-hidup anak perempuannya, sebagaimana riwayat dusta dan
batil yang beredar di tengah kaum muslimin.
INTINYA ADALAH
Oleh kerana
saya tidak pakar, maka saya sertakan Pendapat dari yg pakar untuk menjawab
kemusykilan ini. Ustaz Muhammad Asri Yusof, seorang sarjana Hadis..& telah
disaring oleh www.darulkautsar.net.Mengemukakan alasan bahwa :
1.
Tidak ada satu pun riwayat yang Bisa dipertanggungjawabkan untuk membuktikan
seorang pun daripada qabilah Quraisy pernah membunuh anak hidup-hidup, apatah
lagi untuk membuktikan Sayyidina Umar r.a membunuh anak perempuan sendiri.
2.
Adat membunuh anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan
qabilah Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka disebabkan
anak-anak itu. dengan maksud mereka malu ketika anak perempuan hadir ditengah keluarga mereka. kita mesti tau, bahwa Umar bin khattab bukan kalangan Bani Tamim dan Asad. melainka dari Bani 'Adi (Mohd Tayyib an-Najjar, al-Qabasu al-Waddha’, ms. 78, Zakaria
Bashier,The Meccan Crucible, ms. 24).
Sebagaimana
adanya riwayat menyebutkan Qais bin Asim, seorang pemimpin qabilah Bani Tamim
yang kemudiannya memeluk Islam, telah mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak
perempuannya di zaman jahiliah,di sana terdapat juga riwayat menyebutkan
seorang pemimpin dari qabilah yang sama telah menyelamatkan sekian ramai
anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh ibubapa mereka kerana takutkan
kepapaan dengan membeli anak-anak perempuan itu.
Di
antara pemimpin yang menonjol dalam usaha membasmi adat keji ini ialah Sa’sa’ah
bin Naajiah, datuk kepada al-Farazdaq (seorang penyair Arab yang terkenal) dan
Zaid bin Amar bin Nufail.
Sa’sa’ah
telah membeli anak perempuan daripada kedua ibubapa mereka kemudian memelihara
mereka hingga dewasa. Bilangan anak-anak perempuan yang dipeliharanya ialah 360
orang. (At-Thabarani dalam al-Mu’jamu al-Kabir, jilid 8, ms. 77). Sementara
Zaid bin Amar bin Nufail pula tidak terpengaruh dengan masyarakatnya yang
menyengutukan Allah (s.w.t) dengan sesuatu yang lain malah beliau mencari-cari
kebenaran dan sedapat mungkin cuba mengesan serta mengamalkan saki-baki
peninggalan agama Nabi Ibrahim (a.s). Beliau juga membeli anak-anak perempuan
daripada ibubapa mereka lalu memeliharanya hingga dewasa. Kemudian beliau akan
membawa anak perempuan itu kepada dua ibubapa masing-masing lalu berkata kepada
mereka, “Jika kamu suka kepada anak perempuan kamu ini bolehlah kamu
mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu biarlah anak-anak perempuan ini
bersama saya.” (Bukhari, jilid 1, ms. 540.)
Zaid
bin Amar bin Nufail bukan sahaja dari keluarga Sayyidina Umar r.a malah beliau
merupakan sepupu Sayyidina Umar r.a sendiri. Adik perempuan Sayyidina Umar r.a
menjadi isteri kepada anaknya Sa’id, manakala anak perempuan Zaid pula menjadi
isteri Sayyidina Umar r.a sendiri. Takkanlah dalam keluarga yang terkenal
dengan usaha-usaha suci menyelamatkan anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh
orang tua mereka, tiba-tiba seorang yang sangat menyerlah dan terpenting
di kalangan mereka melakukan perbuatan terkutuk ini dengan membunuh anak
sendiri!
3.
Setelah Mekah dibuka, Rasulullah (s.a.w) berbai’ah dengan perempuan-perempuan
mukmin. Di antara ucapan Baginda (s.a.w) ialah: “Kamu tidak lagi akan membunuh
anak-anak kamu.” Hindun dengan spontan menjawab, “Kami memelihara mereka
semasa kecil, apabila besar kamu pula yang membunuhnya.”
Peristiwa
tersebut dicatatkan di dalam kitab-kitab hadits dan kitab-kitab sirah dengan
jelas dan terperinci, kata-kata Hindun ini menunjukkan qabilah Quraisy tidak
terlibat dengan adat yang keji ini.
Sabda
Rasulullah (s.a.w) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga membuktikan bahawa
Quraisy tidak terlibat dalam pembunuhan anak-anak perempuan iaitu sabda Baginda
(s.a.w) yang bermaksud;
“Sebaik-baik
perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka sangat penyayang terhadap
anak-anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka amat menjaga kedudukan dan harta
benda suami.” (Sahih Muslim, jilid 16 ms. 81)
Apa
ertinya pujian Nabi (s.a.w) mengenai sifat penyayang mereka terhadap anak-anak
sekiranya mereka juga seperti qabilah-qabilah lain yang terlibat dengan adat
membunuh anak? Sewaktu Nabi (s.a.w) diutuskan menjadi Nabi, Sayyidina Umar r.a
ketika itu berumur 27 tahun. Anak-anak Sayyidina Umar r.a yang lahir sebelum
Islam semuanya masih hidup. Mereka ialah Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin
Umar dan Abdul Rahman.
Dalam
tradisi Arab, seseorang itu dikuniahkan dengan anak sulungnya. Sebagaimana
kuniah Nabi kita (s.a.w) ialah Abu al-Qasim, kuniah Sayyidina Umar r.a ialah
Abu Hafsin yang merujuk kepada Hafsah, anak perempuannya. Ini menunjukkan anak
perempuan Sayyidina Umar r.a yang sulung ialah Sayyidatina Hafsah.
Semoga mudah
dipahami dan menjadi ilmu yang bermanfaat. Dan semoga Allah melindungi kita
semua dari bahaya riwayat-riwayat dusta dan batil dalam urusan agama Islam.
Wallahu a’lam bish-showab.
Billahi
fi sabiilil haq, fastabiqul Khairat
moga bermanfaat bagi kita semua
moga bermanfaat bagi kita semua

Tidak ada komentar:
Posting Komentar